Free counter and web stats Zubaidah Arshad: Aku, Kau dan Lorong Gelap

18.8.09

Aku, Kau dan Lorong Gelap

Sekarang aku buntu, kalau kalau ada perkataan lain yang mampu ekpresikan perasaan aku ketika ini, aku agak kurios untuk tahu. Semuanya bagaikan garisan cahaya komet yang bergerak tanpa paksi dan akhirnya menumpu ke satu titik. Titik Buntu.

Kadang kala aku fikir serabut kepala itu bagaikan wonder, seolah olah kejadian aneh yang deskripsinya terlalu kompleks, tiada jawapan kepada penceritaan yang kucar kacir, dan tiada persoalan kerana jawapan itu sendiri membangkitkan lebih banyak soalan dari jawapan yang sepatutnya. Seperti apa yang aku alami ketika ini. Rumit, sukar, incomprehensible.

Aku dongak ke atas dan sawang berkeliaran kacau bilau di antara empat dinding yang simetrikal. Aku pandang ke depan dan dinding simen keras nampak kotor dengan kesan double sided ditinggalkan orang lama. Kanan, katil bersama bolster putih dan kotak seterika.

Kalau itu semua mampu memberikan aku ketenangan sementara, aku thankful sebab sekurang kurangnya serabut kepala kurang, pergi bersama angin panas dari kipas meja.

Tapi aku sesekali tidak inginkan temporary serenity. Minda rasa cool untuk sementara bagaikan tiada fungsi. Sekurang kurangnya berikanlah aku sedikit masa untuk membersihkan hati.

Bukan literally. Spiritually itu mungkin. Aku masih mencari cari. Ruang ini gelap. Tiada katil bersama bolster, tiada sawang kelabu asap. Sampai bila aku akan bersedia? Sedia atau tidak, itu cerita lain, yang penting nanti akan tiba masa.

Kau, aku, pemain gitar solo di Masjid India, perenang bersama seluar dalam Speedo, imam berjanggut putih, bertanda dahi.

Semua sekali. Even makcik tea lady India di tempat aku.

Kalau malam ini adalah detiknya, aku pada hakikatnya tidak bersedia. Walaupun Dia berkata sudah tiba masa...

No comments: