Free counter and web stats Zubaidah Arshad: Wang Saku

26.5.07

Wang Saku

"Opah, atuk cakap atuk nak bawak Wawa pergi pekan. Atuk cakap atuk nak beli barang. Wawa nak ikut Atuk. Boleh tak Opah?"

"Atuk kamu nak beli apa kat pekan? Dia bukan ada duit sangat pun"

"Entah Opah. Dia ajak Wawa pergi. Boleh tak Opah?"

"Tunggu sekejap. Opah nak kirim beli tembakau"
.
.
.
.

"Atuk boleh ke bawak motor nih? Wawa takut jatuh. Nanti Umi marah"

"Awat Umi hang nak marah? Dia anak atuk"

"Kenapa anak tak boleh marah ayah dia?"

"Nanti Tuhan kerat lidah! Nak kena kerat lidah?"

"Taknak. Takut. Nanti tak leh panggil Atuk gemuk dah. Hihihi"

"Budak nih.. aku punggai satgi"

"Atuk nak pergi pekan buat apa tok? Opah cakap Atuk bukan ada duit pun"

"Mana dia tau aku takdak duit? Hang tak tau Pak Su hang, Mak Ngah hang, Umi hang, Pak Long hang semua dok bagi duit kat aku tetiap bulan. Opah hang ja tatau"

"Atuk ni jahat la. Tak baik tau"

"Awat tak baik pulak. Pak Su, Pak Long, Umi hang pon dok bagi kat dia duit jugak. Tu Opah hang dok sakan tempah baju kurung dia tu, mana dia cekau duit? Depa la bagi"

"Hiks. Atuk gemuk yay! Atuk gemuk yay!"

.
.
.
.
.
.


"Lamanya pergi pekan. Wawa beli apa?"

"Wawa beli cekak rambut"

"Mana tembakau Opah?"

"Kejab ek Wawa ambik"

.
.
.

"Opah, nah!"

"Erm.. terima kasih. Ni apa dia ni dalam kotak tembakau ni?"

"Hiks.. Entah. Opah tengok la"

"Ish.. ada kotak. Sat Opah nak baca"

"Cepat Opah.. Wawa nak dengar jugak"

"Siah, Abang Sarip sayang Siah sampai bila bila. Terima lah cincin murah ni dari Abang Sarip"

"Opah! Siah tu siapa? Abang Sarip tu siapa?"




Opah tersenyum. Bingkai gambar lama yang sudah berdebu digilap dengan hujung lengan baju. Sarip nampak segak. Siah nampak cantik.

"Wawa, bagi tahu Atuk kamu, I LOVE YOU"

3 comments:

sixtysixty said...

Good one zue!. This one should be in english too.Its nice to have something about the way we live, about our relationships with elderlies to be written in english.

ZubaidahArshad said...

Thanks sixty. My original post was in English, at least half way thru. Then, I deleted everything, scribbled back from square 1 in bahasa. I think, I will.

M.I.S.S.Y said...

laa mati2 i igt kan SIAH tu skandal atuk kamu, yelah terlalu bnyk membaca kekejian jantan sejak akhir2 ini..

namun..

ada juga lelaki yg bole pakai...sadly, dah tua...

touching...

ops btw sixty, amboiiii...irony sungguh nampaknye itu